KEMAS Pahang hantar kontijen Hari Potensi KEMAS Kebangsaan

KUANTAN 24 Oktober 2023. (FIKRAH PAHANG ) Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli , Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad hari ini meraikan 42 peserta Kontinjen Potensi KEMAS Pahang yang akan menyertai Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan kali ke 18 di Dataran Shah Alam, Selangor pada 2-5 November 2023.

Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pahang, Zulkifli Ahmad Nazri ketika ditemui berkata, ” Kontinjen kali ini disertai 19 kanak-kanak Tabika diketuai Penolong Pengarah Pendidikan Awal KEMAS Pahang, Mariani Jamaluddin selaku ketua kontijen. Mereka terpilih dari KEMAS setiap parlimen dan akan mewakili Pahang dengan membawa slogan “Gegor Pahang Gegor”.

Katanya lagi, sebanyak sepuluh ketegori yang dipertandingan antaranya, pidato (lelaki) dari Indera Mahkota, pidato (perempuan) dari Kuala Krau, bercerita (lelaki) dari Pekan, bercerita (perempuan) dari Indera Mahkota, bilal cilik dari Rompin, ustazah junior dari Indera Mahkota, digital hero (lelaki) dari Kuala Krau, digital hero (perempuan) dari Cameron Highlands, tarian dari Indera Mahkota dan Anugerah Kanak-Kanak Cemerlang dari Rompin.

Menurutnya, program yang di adakan setiap tahun bukan sahaja membimbing tetapi menggalak dan mengembangkan bakat, kebolehan, minat, kreativiti dan nilai estetika serta penguasaan pelbagai elemen kemahiran kanak-kanak bagi melahirkan individu seimbang.

Oleh: Kabhi Ismail