Kena menang atau lupakan Piala Malaysia

Kena menang atau lupakan Piala Malaysia

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

SRI Pahang FC tidak boleh kehilangan sembilan mata dalam tiga perlawanan saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Kapten pasukan, Muslim Ahmad, berkata sembilan mata maksimum perlu diraih jika mahu melangkah ke suku akhir piala berprestij itu.

“Oleh itu, fokus utama kami ialah untuk memastikan kemenangan pada tiga perlawanan itu selepas tewas dua perlawanan sebelum ini.

“Jika seri peluang Sri Pahang tipis untuk ke suku akhir  dan kami perlu mencatat kemenangan apabila melayan kunjungan Penang FC, Sabtu ini,” kata pemain pertahanan itu.

Tiga perlawanan di Kuantan dimulakan pertemuan dengan Penang FC Sabtu ini, diikuti Sarawak FC (7 November) dan Kuala Lumpur (KL) City FC (10 November).

Sarawak United kini mengungguli Kumpulan A dengan mengutip enam mata, diikuti KL City (empat), Penang FC (satu) manakala Sri Pahang tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.