MARAN: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Maran, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin dijangka tidak berdepan masalah untuk menduduki kerusi berkenaan.
Ia bersandarkan kepada sokongan padu yang diterima bukan sahaja di lapangan, malah di media sosial sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bagi pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syamsul Rizal, dia mendoakan Shahaniza menang dengan majoriti besar.
“Seorang yang tak pilih kasih dalam menghulurkan bantuan dan cakna dengan keadaan persekitaran,” katanya.
Maria Hasrul pula berkata, Shahaniza perlu bekerja kuat dan menerangkan manifesto Barisan Nasional (BN) dengan mudah supaya rakyat memahaminya.
Pada PRU15, Shahaniza akan dicabar tiga calon bagi merebut kerusi Parlimen Maran.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN