PEKAN: Kerajaan negeri melalui pejabat Dewan Undangan Negeri Pahang (DUN) Bebar menyumbang Smart TV, rostrum, penyaman udara dan alat siar raya kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Serambi dan SK Kota Perdana.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, sumbangan bertujuan membantu sekolah dan PIBG dalam menambah baik pendidikan murid di kawasan luar bandar.
“Sumbangan ini diluluskan oleh YAB Menteri Besar. Sebelum ini, YAB Menteri Besar juga sudah meluluskan peruntukan membina pagar baharu untuk SK Serambi.
“Semua kerja itu sudah siap sepenuhnya bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin,” katanya yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang.
Sementara itu, Guru Besar SK Serambi, Junaidah Abu Samah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sumbangan itu.
“Alhamdulillah, syukur dan terima kasih yang tidak terhingga di atas keprihatinan kerajaan negeri terutama YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dengan pemberian sumbangan ini,” katanya. – NUR HANNAH KHADIJAH