KERAJAAN BELA GURU SMAN

Kuantan 09 Mei 2023 (Fikrah Pahang) – Kerajaan Negeri Pahang tidak akan mengabaikan 168 guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Kerajaan Negeri memandang serius dan akan berusaha membantu guru-guru terbabit bagi memastikan perjawatan mereka menjadi tetap.

“ Sekolah Agama Negeri (SMAN) kini ada 168 guru, mereka kini dibantu Kerajaan Negeri Pahang melalui Amanah Saham Pahang (ASPA) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), bahkan pihak sekolah dan PIBG turut bantu mereka ini,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Nazri Ahmad di Mesyuarat Pertama Penggal Ke 2, Dewan Negeri Pahang Ke 15.

Beliau berkata, bagi memastikan perjawatan mereka ini bertaraf tetap, pertama kali Kerajaan Pahang telah meminta pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewujudkan pertambahan jawatan baharu untuk membolehkan guru-guru terbabit memohon untuk mendapatkannya.

Oleh : Kabhi Ismail