Kerajaan hulur bantuan buat 169 penjaja tidak berdaftar

Kerajaan hulur bantuan buat 169 penjaja tidak berdaftar

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

TEMERLOH: Prihatin dengan nasib 169 penjaja yang tidak mendaftar dengan Majlis Perbandaran Temerloh (MP), Kerajaan Pahang menyampaikan bakul makanan kepada golongan penjaja berkenaan.

Pemberian bakul makanan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin di perkarangan parkir Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, di sini, semalam.

Mohd Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, bantuan bakul makanan itu membabitkan dua DUN iaitu Lanchang dan Mentakab.

“DUN Lanchang membabitkan 106 penjaja manakala 63 penjaja pula di DUN Mentakab yang tidak mendaftar dengan MPT. 

“Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang dialami mereka susulan penularan wabak pandemik COVID-19,” katanya.