Kerajaan negeri bagi RM50,000 kat Persatuan Veteran ATM Pahang

Kerajaan negeri bagi RM50,000 kat Persatuan Veteran ATM Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Bagi menghargai sumbangan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kerajaan Pahang menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Veteran ATM Pahang, hari ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Sumbangan ini untuk kegunaan pengurusan dan pentadbiran serta penganjuran Persidangan Perwakilan ke-60 tahun 2021 persatuan ini.

“Saya menghargai semangat kerjasama sesama ahli dalam kalangan veteran ATM yang telah berkhidmat cemerlang dalam memerangi musuh demi menjaga kedaulatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.