Kerajaan negeri cuba bantu pembeli rumah retak dapatkan moratorium pinjaman

Kerajaan negeri cuba bantu pembeli rumah retak dapatkan moratorium pinjaman

KUANTAN: Kerajaan negeri akan menghubungi dan berbincang dengan bank yang memberi pinjaman kepada pemilik rumah di Aman Plus Residences di Kempadang, Tanjung Lumpur untuk memberikan moratorium kepada peminjam yang terjejas akibat kediaman mereka mengalami kerosakan teruk.

Fikrah Pahang pada 3 Januari lalu melaporkan hampir 30 kediaman di situ mengalami rekahan dan keretakan teruk dipercayai akibat projek pembetungan yang dijalankan berhampiran kawasan perumahan itu.

“Mengikut laporan terkini yang saya terima kira-kira 100 kediaman penduduk mengalami kerosakan serius,” kata

#kuantan EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Dato’ Sri Johari Harun menyampaikan sumbangan kepada Anak-anak Asnaf Peramu pada Program Kembali Ke Sekolah di Serambi Teruntum. Hadir sama Datuk Bandar Kuantan, Dato’ Hamdan Hussin. Gambar Fikrah Pahang oleh Mustaffa Kamal

EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Dato’ Sri Johari Harun kepada media selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan sempena Program Kembali Ke Sekolah anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) kepada 30 pelajar dari Kampung Peramu di Serambi Teruntum, di sini, hari ini.

Katanya, tumpuan utama kerajaan negeri adalah bagi membantu pembeli yang menjadi mangsa, lebih-lebih lagi mereka sudahpun mula menjelaskan bayaran balik pinjaman.

“Kesianlah kepada mereka (pembeli)… hutang dah bayar tapi rumah tak boleh duduk.

“Mujur juga sebahagian besar pembeli adalah kakitangan kerajaan dan membuat pinjaman daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di Putrajaya.

“Jadi mudahlah sikit kita nak berbincang dan berurusan bagi membantu pembeli, mungkin dengan membenarkan moratorium. Memang akan ada kesan tetapi setidaknya lebih baik daripada tidak ada apa apa langsung,” katanya.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuantan, Dato’ Hamdan Hussin.

Mengulas lanjut, Johari berkata, pihak pemaju sudahpun membuat akur janji untuk bukan sahaja membaiki, malah membina semula mana-mana unit rumah yang mengalami kerosakan keterlaluan.

“Selepas projek pembetungan di kawasan itu siap, dijangka Mac ini, proses baik pulih akan terus dijalankan dan ada kira-kira 10 rumah akan dibina semula.

“Sama ada pemaju nak saman atau tuntut kerugian dengan syarikat menjalankan projek pembetungan terbabit, itu cerita lain.

“Yang penting kediaman pemilik rumah mesti dibaik pulih segera,” katanya. –

HELMY ABD RAHMAN