Kerajaan negeri komited sempurnakan projek Perumahan Generasi Baharu FELDA yang terbengkalai di Pahang

Kerajaan negeri komited sempurnakan projek Perumahan Generasi Baharu FELDA yang terbengkalai di Pahang

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan memastikan Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai dapat disempurnakan pembinaannya.

Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata langkah itu bagi memenuhi aspirasi anak muda FELDA di negeri ini untuk memiliki rumah sendiri.

“Saya mewakili kerajaan negeri, telah menerima serahan 10 tapak projek PGBF yang terbengkalai di Pahang untuk dibangunkan semula.

“Terima kasih kepada Pengurus Besar FELDA, Dato’ Amiruddin Abdul Satar yang hadir dan melakukan serahan ini tadi,” katanya.

Beliau berkongsi perkara itu dalam hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini. – HELMY ABD RAHMAN