Kerajaan Pahang bantu kanak-kanak sindrom down

Kuantan 18 April 2023 (Fikrah Pahang)- Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar, dan Hal Ehwal Orang Asli, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad petang tadi mewakili Kerajaan Pahang menyampaikan kepada kanak-kanak berusia 11 bulan, Orked Nurzehrra Mohd Zaki yang penghidap sindrom down.

Sumbangan tersebut telah disampaikan itu kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan Norshahira Isa di Bandar Indera Mahkota, dekat sini.

Dato’ Sri Syed Ibrahim ketika ditemui berkata”, saya berharap dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban disebabkan kanak-kanak itu terpaksa mengambil rawatan terapi berkala di hospital, saya doakan semoga dikurniakan yang terbaik buatnya, Aamiin”

“Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada Exco, Dato Sri Syed dan kerajaan negeri kerana prihatin dengan masalah saya, semoga Allah sahaja dapat membalasnya,” kata Norshahira Isa ketika ditemui.

Oleh Kabhi Ismail