ROMPIN: Sembilan belas mangsa ribut di Felda Keratong 8, di sini, menerima sumbangan daripada Kerajaan Pahang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Ir Razali Kassim berkata, sumbangan itu diharap membantu meringankan beban mereka.
Katanya, kebanyakan rumah mangsa mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung, dalam kejadian ribut pada 5 Oktober lalu.
“Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kepada semua terbabit. Terima kasih kepada Kerajaan Pahang yang sentiasa prihatin membantu rakyat yang memerlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Kesemua mangsa terbabit sudah menerima bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – MUHAMMAD IZZ ZAHIN