KUANTAN: Giliran jemaah Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu dan Masjid Pelindung Utama (DUN Beserah) dijamu dengan Juadah Makmur yang disediakan kerajaan negeri, hari ini.
Difahamkan, sebanyak 1,500 bungkusan diagihkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, manakala 500 lagi untuk jemaah Masjid Pelindung Utama selepas solat Jumaat.
Juadah Makmur adalah pendekatan baharu yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk rakyat Pahang dengan peruntukan berjumlah RM11 juta setahun.
Ia diharapkan dapat menjadi jambatan menghubungkan rakyat dan kerajaan negeri supaya menjadi lebih erat untuk kesejahteraan dan kemakmuran bersama. – MUSTAFFA KAMAL