Kerajaan Pahang Hargai Wali Hakim

KUANTAN 27 MAC 2024 (FIKRAH PAHANG) – Kerajaan Negeri Pahang semalam meraikan 290 wali hakim dalam satu majlis Penyampaian Bantuan ‘One Off’ Tahunan Perjawatan Tahunan Perjawatan Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Pahang di Dewan Dato Zaharuddin Abu Kasim di sini pada Selasa.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, julung kalinya kerajaan negeri memberi bantuan secara ‘one off’ sempena Ramadan sebanyak RM500 seorang membabitkan peruntukan sebanyak RM145,000.

“Peranan wali hakim sangat penting dan perlu berikan imbuhan terhadap mereka yang bertugas sebagai sukarelawan agama kerana berbakti kepada orang ramai, bertugas bagi pihak kerajaan.

“Kebetulan pula pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri, jadi harapan kerajaan negeri kepada penerima ini untuk terus bertugas, berbakti dan memperkasakan agama Islam di Pahang,” katanya di lama Facebook miliknya hari ini.

Oleh: Kabhi Ismail