Kerajaan Pahang komited menjaga hutan sebaiknya

Kerajaan Pahang komited menjaga hutan sebaiknya

KUANTAN: Kerajaan Pahang komited dan amat konsisten untuk memastikan hutan dan alam sekitar di negeri ini dapat diurus dan dipelihara dengan sebaiknya.

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata usaha memulihara hutan itu ikhtiar berterusan supaya dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

Katanya, komitmen itu dibuktikan melalui pengekalan kawasan rizab hutan yang cukup besar di negeri ini.

“Hutan Pahang ketika ini adalah berkeluasan 2.044 juta hektar iaitu mewakili 57 peratus daripada keluasan negeri Pahang.

“Oleh itu, Pahang menjadi negeri yang mempunyai rizab hutan terbesar di Semenanjung Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Hantaran itu dilakukan beliau sempena Hari Hutan Antarabangsa 2022 yang bertemakan `Hutan untuk Kesejahteraan Masyarakat’.