Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Gambar
KUANTAN: Kerajaan Pahang menyediakan peruntukam berjumlah RM306,800 kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM55,000 bagi Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Sekolah Menengah Agama (SMA) Pahang 2020 membabitkan pelajar cemerlang bersama sekolah dan guru.
Selain itu, saguhati lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga membabitkan SMA di negeri ini melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir (RM62,000)

Bantuan Prihatin sebanyak RM26,300 pula diberikan kepada pengusaha dan pekerja kantin serta dewan makan asrama di SMA yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bantuan Kewangan Khas kepada Pengerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) pula berjumlah RM63,500.
Majlis penyampaian replika cek itu disampaikan Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Dr Zulkifle Ali di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.