Kuantan 07 Mei 2023 (Fikrah Pahang ) – Kerajaan Pahang menyumbang RM500 kepada hampir 2,000 bakal haji dari negeri ini membabitkan peruntukkan RM1 juta.
Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) disalur bagi meringankan beban bakal-bakal haji tahun ini.
“Buat permulaan sumbangan bermula dengan RM500 dan saya percaya dengan kemampuan kewangan kerajaan negeri, jumlah sumbangan itu akan dinaikkan lagi pada masa akan datang dan Kerajaan Negeri juga akan membekalkan makanan Juadah Makmur kepada setiap jemaah haji untuk mereka nikmati ketika berada di Tanah Suci” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kursus Haji Perdana dan Penyampaian Insentif Haji Peringkat Negeri Pahang 2023 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini.
Turut hadir Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Dato” Dr Zulkifle Ali.
Oleh : Kabhi Ismail