Kerajaan Pahang teruskan tradisi bantu mangsa banjir

Kerajaan Pahang teruskan tradisi bantu mangsa banjir

KUANTAN: Berita baik buat mangsa banjir di negeri ini apabila Kerajaan Pahang bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 bagi yang akan diagihkan kepada ketua isi rumah.

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata mereka yang bakal menerima bantuan berkenaan terbahagi kepada empat kategori.

“Ia membabitkan mangsa yang berpindah ke pusat pemindaha sementara (PPS), mangsa yang tidak berpindah ke PPS tetapi menumpang di rumah saudara-mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang membuat keputusan tidak berpindah ke mana-mana.

“Jumlah sumbangan ini sama seperti bantuan tahun lalu dan kita harap ia sedikit-sebanyak dapat meringankan beban ditanggung mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya, selain tanda prhatin, sumbangan itu diberikan berikutan kemampuan kewangan kerajaan negeri. – HELMY ABD RAHMAN