Kerajaan Pahang tidak lupakan peserta e-Kasih

Kerajaan Pahang tidak lupakan peserta e-Kasih

RAUB: Prihatin nasib peserta e-Kasih Miskin Tegar, Kerajaan Pahang menghulurkan sumbangan RM250 secara sekali bayar kepada 12 peserta di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Dong, hari ini.

Penyerahan bantuan sekali bayar Kerajaan Pahang melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin.

Menurut Shahiruddin, bantuan sekali bayar itu diharap membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi peserta berkenaan.

“Dengan bantuan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Pahang untuk membantu rakyat Pahang yang berdepan pelbagai dugaan.

“Diharapkan bantuan ini dapat membantu sedikit sebanyak peserta untuk membeli barang keperluan,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN