Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan iaitu bantuan sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata bantuan berkenaan lebih tinggi berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini yang sebanyak RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
“Di bawah BKM juga, Kerajaan (Pusat) memberi bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan sehingga RM5,000.
“Bantuan tambahan RM300 diberikan kepada warga emas menerusi BKM. Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169, banding RM980,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2022 di Parlimen, hari ini.