MARAN: Kerajaan Pahang mengagihkan RM2.4 juta bantuan kewangan kepada peniaga, petani dan mangsa ribut di daerah ini sepanjang tujuh bulan tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin berkata bantuan diberikan kepada semua peringkat pemohon di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini.
“Sebagai wakil rakyat saya bertanggungjawab sepenuhnya membuat permohonan pada kerajaan Pahang sebelum diluluskan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Bantuan diberikan untuk membaiki rumah, pengurusan masjid, aktiviti sukan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK),” katanya pada majlis penyampaian bantuan kerajaan Pahang, di sini, pada 8 Ogos lalu.
Penerima bantuan, Wan Kamariah Wan Kamaruddin, 62 dia bersyukur dan berterima kasih kepada Tok Wan yang meluluskan permohonannya RM10,000.
“Bantuan diterima akan digunakan untuk membaiki kerosakan bahagian bumbung dapur rumah di Taman Seri Keramat,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD