KUALA LUMPUR: Kerajaan akan beri bantuan tunai bagi tujuan membaiki dan membina rumah baharu mangsa banjir.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Yaakob, berkata kerajaan menyediakan RM5,000 untuk kerosakan tidak serius.
“Saya tau rumah rosak. Tapi, banyak kategori rumah rosak. Ada rumah yang rosak tak banyak. Mungkin nak ganti pintu, tingkap pecah. Jadi, untuk perbelanjaan RM5,000 ke bawah, kita juga akan bagi ‘cash’ kepada mangsa banjir.
“Dengan duit yang kita bagi, boleh baiki kerosakan dengan segera. Tapi, kalau rosak teruk dan terpaksa menggunakan kontraktor dan dengan itu kerajaan akan melantik kontrak untuk setiap rumah. Kerajaan akan membelanjakan RM15,000.
“Ada rumah yang hanyut terus. Tinggal tangga. Kerajaan bersetuju untuk membina baru dengan kos setiap rumah RM56,000,” katanya.
Video klip ucapan mengenai kesanggupan kerajaan menanggung kos membaiki dan membina rumah baharu mangsa bah itu boleh ditonton di PMO Info Channel dalam aplikasi Telegram.