JERANTUT: Nasib mangsa banjir di daerah ini tidak dipinggirkan apabila 286 ketua isi keluarga (KIR) menerima wang ihsan bencana secara pandu lalu, semalam.
Sumbangan RM500 setiap KIR yang keseluruhannya berjumlah RM143,000 itu diadakan di perkarangan Pejabat Daerah Jerantut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Dato’ Nazri Ngah berkata, wang ihsan itu adalah sumbangan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan Kerajaan Pahang.
“Dengan sumbangan ini diharap membantu meringankan beban mangsa banjir,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN