Kerajaan yang diterajui BN tidak pernah pilih kasih

Kerajaan yang diterajui BN tidak pernah pilih kasih

PEKAN: Kebajikan penduduk yang menetap di kawasan luar bandar di daerah ini tidak pernah diabaikan oleh Kerajaan Pahang.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar, Dato’ Mohd Fakhruddin Mohd Ariff menegaskan, Kerajaan Pahang juga tidak pernah pilih kasih apabila menyalurkan bantuan.

“Bantuan ketika menghadapi COVID-19, kelahiran, warga emas, kesihatan, bencana dan tengkujuh adalah antara yang diberikan Kerajaan Pahang sebagai tanda keprihatinan kepada rakyat.

“Oleh itu, bagi meneruskan usaha dapat terus dilakukan selepas ini, rakyat perlu memberi sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini,” katanya pada program bertemu rakyat di Bandar Dua Paloh Hinai, di sini, semalam. – MOHD IMRAN IZZAD