Kerana UMNO, hidup serba ada, tidak merempat

Kerana UMNO, hidup serba ada, tidak merempat

BERA: Walaupun FELDA Kumai, di sini, terkenal sebagai kubu kuat UMNO, tidak dapat dinafikan masih ada penduduk yang berlainan fahaman politik.

Penduduk, Osman Ibrahim, 67, yang sudah lama berada dalam tanah rancangan seperti FELDA, berpendapat penduduk berlainan fahaman politik seperti itu sebenarnya tidak mengenang budi UMNO.

Osman yang datang ke tanah rancangan tanah FELDA Kumai ketika bujang menjelaskan dirinya tidak akan lupa jasa UMNO pada rakyat yang daif sepertnya. 

“Daripada tiada apa-apa, tahun demi tahun hasil bantuan daripada kerajaan pimpinan UMNO, beginilah keadaan kami sekarang. Ada tanah halaman, hidup serba ada dan tidak merempat,” katanya.