KUANTAN: Sultan Ahmad Shah Medical Centre@IIUM (SASMEC@IIUM) menjalinkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberi rawatan prahospital.
Pengarah SASMEC@IIUM, Prof Dato’ Dr Mohamed Saufi Awang berkata, MoU turut bertujuan meningkatkan penggunaan perkhidmatan ambulans yang berkualiti bagi kes kecemasan.
Menurutnya, kerjasama bermula sejak 2018 dan mencapai kemuncak apabila keputusan pembelian dua unit ambulans oleh SASMEC@IIUM.
“Sebelum ini, beberapa kakitangan jabatan kecemasan SASMEC@IIUM sudah pun menjalani latihan beberapa bulan di jabatan kecemasan HTAA.
“Oleh itu, diharapkan kecekapan kakitangan SASMEC@IIUM akan lebih menyerlah pada masa akan datang dengan adanya MoU berkenaan,” katanya
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoU antara SASMEC@IIUM yang diwakili Dr Mohamed manakala Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Dr Nor Azimi Yunus, mewakili KKM, di HTAA, semalam. – MOHD IMRAN IZZAD.