Kerjasama pendidikan UAE-Malaysia beri manfaat kepada Pahang, kata Syed Ibrahim

Kerjasama pendidikan UAE-Malaysia beri manfaat kepada Pahang, kata Syed Ibrahim

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar ihsan FB Syed Ibrahim Syed Ahmad

KUANTAN: Kerajaan Pahang optimis kerjasama pendidikan yang dicadangkan antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan negara ini akan memberi manfaat besar kepada negeri ini.

Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata pagi ini, KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Duta Besar UAE Ke Malaysia, Khalid Ghanim Al-Ghaith.

“Menerusi pertemuan lebih sejam itu, Baginda Tuanku menerima sembah maklum beberapa kerjasama pendidikan antara pendidikan antara kedua-dua negara.

“Semoga usul-usul ini memberi manfaat kepada pendidikan di Pahang,” katanya yang mendapat perkenan mengiringi Tengku Hassanal Ibrahim di Istana Abdulaziz di sini, hari ini.

Turut mengiringi, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Dr Zulkifle Ali.