Kerjasama rakan sepasukan mantap, kata Shahrul 

Kerjasama rakan sepasukan mantap, kata Shahrul 

PEMAIN tengah Sri Pahang FC, Shahrul Nizam Mohd Nadzir menganggap jaringan penyamaan pada minit akhir perlawanan untuk mengikat Melaka United, 2-2, di Stadium Hang Jebat, 13 Ogos lalu, adalah kerjasama rakan sepasukan.

Pemain kelahiran Maran, Pahang itu berkata: “Bagi saya, kepercayaan yang diberikan barisan kejurulatihan terutama jurulatih (Dato’ Dollah Salleh) dan rakan sepasukan membantu Sri Pahang selepas ketinggalan dua jaringan. 

“Sebagai pemain gantian, saya hanya melakukan tugas seperti yang diarahkan oleh jurulatih dan alhamdulillah, kami dapat ikat Melaka United. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Pada pertemuan itu, Shahrul Nizam membantu Sri Pahang dengan melorongkan hantaran kepada David Rowley, yang menjaringkan gol pertama pelawat pada minit ke-87.

Shahrul Nizam kemudian menghampakan tuan rumah untuk mengutip mata penuh apabila menanduk masuk gol kedua Sri Pahang pada m-90 untuk mengikat Melaka United dengan keputusan 2-2. 

Dua gol Melaka United dijaringkan oleh Ifedayo Olusegun pada m-38 Adriano Narcizo, m-51.

– MUHAMMAD IZZ ZAHIN