Kes COVID-19 kembali lepasi paras 20,000

Kes COVID-19 kembali lepasi paras 20,000

Muhammad Izz Zahin 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 20,000 apabila mencatatkan 20,897 kes hari ini, berbanding 19,268 kes, semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1.74 juta kes. 

Katanya, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 4,371 kes, diikuti Sabah dengan 2,594, Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942), Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479), Perak (1,204), Kuala Lumpur (1,003). 

“Selain itu, Pahang mencatatkan 798 kes, Terengganu (608), Melaka (417), Negeri Sembilan (215), Perlis (64), Putrajaya (25) dan Labuan (satu),” katanya menerusi Facebook, hari ini.