Kes harian COVID-19 bawah 20,000

Kes harian COVID-19 bawah 20,000

Muhammad Izz Zahin 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan sebanyak 19,268 kes berbanding 20,579 kes, semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1.72 juta kes setakat hari ini. 

Katanya, Selangor mula menunjukkan penurunan iaitu 3,567 kes, diikuti Sabah dengan 2,310 kes, Johor (2,265), Sarawak  (2,028) dan Kedah (2,084). 

“Pulau Pinang pula merekodkan 1,780 kes, Kelantan (1,308), Perak (1,144), Pahang (788), Kuala Lumpur (672), Terengganu  (544), Melaka (395), Negeri Sembilan (269), Perlis (71), Putrajaya (41) dan Labuan (dua),” katanya menerusi Facebook hari ini.