Kes harian COVID-19 di Malaysia kembali melepasi paras 20,000

Kes harian COVID-19 di Malaysia kembali melepasi paras 20,000

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jumlah kes harian COVID-19 di Pahang meningkat 46 kes iaitu 585 kes hari ini, berbanding 539 kes, semalam.

Lebih membimbangkan, kes harian COVID-19 di negara ini bukan sahaja meningkat kepada 20,780 kes hari ini berbanding 19,991 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1.32 juta kes.

Katanya, semua negeri merekodkan pertambahan kes hari ini dengan tujuh negeri melaporkan kes harian empat angka iaitu Selangor dengan 6,921 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,065), Johor (1,693).

“Selain itu, Kedah mencatatkan 1,534 kes, Sabah (1,514), Pulau Pinang (1,385), Kelantan (1,284) dan Negeri Sembilan (1,015).

“Perak pula merekodkan 828 kes, Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (tiga),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.