Kes harian COVID-19 di Malaysia terus meningkat kepada 20,889 kes

Kes harian COVID-19 di Malaysia terus meningkat kepada 20,889 kes

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jumlah jangkitan COVID-19 di Pahang menunjukkan peningkatan iaitu 610 kes hari ini, berbanding 426 kes semalam.

Pada masa sama, jumlah keseluruhan kes di Malaysia terus melonjak kepada 20,889 kes hari ini, berbanding 20,596 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif baharu yang direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1.22 juta kes.

“Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 8,792 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,483 kes, Kedah (1,371 kes) Sabah (1,291) dan Johor (1,275 kes).

“Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan 986 kes, Kelantan (938), Pulau Pinang (776), Sarawak (652), Perak (624), Melaka (491), Terengganu (460), Putrajaya (122) dan masing-masing sembilan kes di Labuan dan Perlis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.