Kes harian COVID-19 di Malaysia turun kepada 18,688

Kes harian COVID-19 di Malaysia turun kepada 18,688

Muhammad Izz Zahin 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Gambar hiasan

KUANTAN: Sebanyak 602 kes harian COVID-19 direkodkan di Pahang hari ini, menurun berbanding 714 kes, semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu positif COVID-19 di Malaysia juga menurun hari ini iaitu 18,688 kes berbanding 19,257 kes, semalam. 

Katanya, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini ialah 1.26 juta kes. 

“Selangor masih merekodkan kes tertinggi iaitu 6,565 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,833 kes, Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308) dan Negeri Sembilan (1,140). 

“Selain itu, Kelantan merekodkan 870 kes baharu, Perak (861), Pulau Pinang (694), Terengganu (598), Sarawak (581), Melaka (526), Putrajaya (63), Perlis (enam) dan Labuan (dua),” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.