Kes harian COVID-19 di Pahang hampiri 1,000 hari ini

Kes harian COVID-19 di Pahang hampiri 1,000 hari ini

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kes harian COVID-19 di Pahang meningkat kepada 926  kes hari ini, berbanding 794 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, pertambahan 132 kes itu menjadikan jumlah keseluruhan di Pahang sebanyak 33,774 kes.

Bagi kes di negara ini pula, katanya, jumlah kes harian menurun sedikit iaitu 20,546 kes hari ini, berbanding 20,670 kes, semalam.

Katanya, dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kumulatif penularan COVID-19 kini mencecah 1.4 juta kes.

“Berdasarkan rekod, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 7,307 kes diikuti Sabah dengan 1,665 kes, Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Kelantan (1,025) dan Perak (1,069). 

“Selain itu, Sarawak pula merekodkan 963 kes, Negeri Sembilan (698), Melaka (631), Terengganu (534), Putrajaya (47), Perlis (21) dan Labuan (tiga),” katanya enerusi hantaran di Facebook, hari ini.