Kes harian COVID-19 di Pahang melonjak kepada 839

Kes harian COVID-19 di Pahang melonjak kepada 839

Oleh Muhammad Izz Zahin 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: Kes harian COVID-19 di Pahang naik kepada 839 kes hari ini berbanding 579 semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan, pertambahan 260 kes itu menjadikan jumlah keseluruhan di Pahang sebanyak 42,547 kes. 

Selain itu, katanya, jumlah kes harian menurun iaitu 20,579 kes hari ini, berbanding 22,597 kes, semalam. 

“Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1.7 juta kes. 

“Selangor masih kekal merekodkan jumlah tertinggi iaitu 4,591 kes, diikuti Sabah dengan 2,578 kes, Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755), Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316) dan Perak (1,208). 

“Terengganu pula mencatatkan 789 kes, Kuala Lumpur (680), Melaka (636), Negeri Sembilan (329), Perlis (56), Putrajaya (480 dan Labuan (dua),” katanya menerusi Facebook, hari ini.