Kes harian COVID-19 di Pahang turun kepada 646

Kes harian COVID-19 di Pahang turun kepada 646

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 646 kes harian COVID-19 direkodkan di Pahang hari ini, turun 280 kes berbanding 926 kes, semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu positif COVID-19 di Malaysia juga menurun hari ini iaitu 19,740 kes berbanding  20,546 kes, semalam.

Namun, katanya, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah 1.42 juta kes.

“Selangor masih merekodkan kes tertinggi iaitu 5,706 kes, diikuti Sabah dengan 1,728 kes, Kedah (1,592), Sarawak (1,566), Johor (1,510) dan Kuala Lumpur (1,360).

 “Selain itu, Pulau Pinang merekodkan 1,251 kes, Kelantan (1,227), Melaka (1,120), Perak (938), Terengganu (688), Negeri Sembilan (343), Putrajaya (43), Perlis (20) dan Labuan (dua),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.