Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Jumlah kes baharu COVID-19 hari ini adalah 22,597 berbanding 22,070 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penambahan jumlah itu menjadikan keseluruhan 1.66 juta kes.
“Selangor kekal penyumbang kes harian tertinggi dengan 5,814 kes baharu dan diikuti Sabah dengan 2,834 kes, Sarawak (2,427), Kedah (2,162), Pulau Pinang (1,920) dan Johor (1,896).
“Kelantan pula mencatatkan 1,289 kes, Kuala Lumpur (1,111), Perak (1,061), Terengganu (739), Pahang (579), Negeri Sembilan (345), Melaka (269), Perlis (98), Putrajaya (48) dan Labuan (lima),” katanya menerusi Facebook, hari ini.