Kes harian COVID-19 melonjak, hampiri 21,000

Kes harian COVID-19 melonjak, hampiri 21,000

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kes harian COVID-19 kembali merekodkan peningkatan ketara iaitu 2,226 kes hari ini kepada 20,988 kes, berbanding 18,762 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1.78 juta kes.

Katanya, Selangor kekal penyumbang tertinggi iaitu 4,073 kes, diikuti Sarawak dengan 2,992 kes, Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600), Kelantan (1,247), Perak (990) dan Terengganu (987).

“Kuala Lumpur pula mencatatkan 731 kes, Pahang (599), Melaka (407), Negeri Sembilan (301), Perlis (90), Putrajaya (37) dan Labuan (lima),” katanya menerusi Facebook, hari ini.