Kes harian COVID-19 mencanak

Kes harian COVID-19 mencanak

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kes harian COVID-19 di Malaysia hari ini, terus melonjak apabila merekodkan jumlah tertinggi iaitu 23,564 kes berbanding 22,948 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1.51 juta kes.

Katanya, Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 6,974 kes, diikuti Sabah dengan 2,738 kes, Sarawak (2,548), Kedah (1,932), Kuala Lumpur (1,652) dan Johor (1,323).

“Pulau Pinang pula mencatatkan 1,523 kes, Kelantan (1,281),  Perak (1,248), Melaka (610), Negeri Sembilan (608), Terengganu (521), Pahang (517) Perlis (64), Putrajaya (24) dan Labuan (satu),” katanya katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.