Kes harian COVID-19 turun kepada 18,762

Kes harian COVID-19 turun kepada 18,762

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 merekodkan penurunan hari ini kepada 18,762 kes, berbanding  20,897 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1.76 juta kes.

Katanya, Selangor kekal penyumbang tertinggi kes iaitu 3,711 kes, diikuti Sabah dengan 2,430 kes, Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) dan Kelantan (1,504).

“Perak pula mencatatkan 899 kes, Pahang (715), Kuala Lumpur (573), Terengganu (506), Melaka (309), Negeri Sembilan (291), Putrajaya (34), Perlis (33) dan Labuan (tiga),” katanya menerusi di Facebook hari ini.