Kes harian COVID-19 turun sedikit

Kes harian COVID-19 turun sedikit

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu kes harian COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan kepada 19,631 hari ini, berbanding 19,740 kes, semalam.

Katanya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1.44 juta kes.

“Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 5,753 kes, diikuti Sabah dengan 2,103 kes, Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765), Johor (1,309) dan Pulau Pinang (1,275).

“Di Kelantan pula mencatatkan 1,268 kes, Perak (1,101), Sarawak (835), Melaka (623), Terengganu (498), Negeri Sembilan (490), Putrajaya (41), Perlis (37) manakala Labuan pula tiada kes direkodkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.