PEMAIN kacukan Laos-Perancis, Billy Ketkeophomphone muncul pemain import keempat menyertai Sri Pahang FC musim ini.
Pemain berusia 31 tahun itu yang berpengalaman beraksi di Ligue 1 akan menjadi taruhan selaku penggempur skuad Tok Gajah.
Pengesahan itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook Sri Pahang FC yang mengharapkan Ketkeophomphone dapat bergandingan bersama penyerang import dari Jordan, Mahmoud Za’tara.
Berdasarkan pengalaman, penyerang import itu pernah mewakili beberapa pasukan antaranya RC Strasbourg, FC Sion, Tours FC, Angers SCO, AJ Auxerre dan USL Dunkurque.
Ketkeophomphone juga pernah bermain bersama bekas penyerang import Sri Pahang, Dickson Nwakaeme ketika beraksi kelab Perancis, Angers SCO pada 2016.
Atas sebab itu juga, keputusan pemain kebangsaan Laos itu bersetuju menyarung jersi Sri Pahang atas galan Nwakaeme. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN