Ketkeophomphone pilihan Sri Pahang

Ketkeophomphone pilihan Sri Pahang

PEMAIN Laos, Billy Ketkeophomphone dikatakan berminat menyarung jersi Sri Pahang FC.

Ketika ini, pengurusan kelab sedang berurusan untuk membawa masuk penyerang berusia 31 tahun itu untuk bersama skuad Tok Gajah bagi mengharungi saingan Ligfa Malaysia (Liga M) musim ini.

Menurut sumber, setakat ini, pemain berdarah kacukan Laos-Perancis itu bersedia untuk bersama pasukan.

“Kehadiran Ketkeophomphone bagi mengisi kuota pemain Asia Tenggara dan diharap usaha membawa pemain Laos ini menjadi kenyataan,” kata sumber itu.

Difahamkan, pemilihan Ketkeophomphone itu turut berpunca daripada pandangan bekas penyerang import Sri Pahang, Dickson Nwakaeme kerana mereka pernah bermain dengan kelab Perancis, Angers SCO pada 2016. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN