
KUANTAN 03 April 2023 (Fikrah Pahang ) Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Dato’Haji Abdul Walid Haji Abu Hassan disambut oleh pengurusan dan kakitangan di Perkarangan Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah Bandar Indera Mahkota, bagi memulakan tugas mengantikan Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Md Yunos yang bersara wajib.

Beliau kemudian dibawa sesi suai kenal bersama pegawai-pegawai dan seterusnya melawat ruang kerja kakitangan, Mahkamah, Unit Rekod, Unit Sulh, Unit Polis dan ICT.
Oleh KAHBI ISMAIL