CHRISTOPHE Gamel masih lagi ketua jurulatih Sri Pahang FC kertika nasibnya sebelum ini diibaratkan seperti dihujung tanduk selepas tewas 1-2 kepada Terengganu FC (TFC), Ahad lalu.
Sumber mengesahkan bahawa tiada kata putus kedudukan Gamel setakat ini kerana khidmatnya masih ditagih.
“Sama ada ada kekal dalam Sri Pahang akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi Sri Pahang.
“Buat masa ini dia (Gamel) melatih pasukan terutama persediaan menghadapi saingan suku akhir Piala FA pada 23 Julai nanti,” kata sumber itu.
Baru-baru ini, kedudukan Gamel sebagai ketua jurulatih dikatakan tergugat seandainya Sri Pahang tewas, tetapi khidmatnya masih lagi bersama skuad itu.
Sri Pahang kini berada di kedudukan dua tercorot Liga Super selepas mengharungi 11 perlawanan dengan hanya mengutip lapan mata. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN