KHIDMAT MASYARAKAT JADI KEUTAMAAN

KUANTAN: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSM) Pahang menyasarkan terus fokus membantu masyarakat yang memerlukan bantuan di seluruh pelusuk di Negeri Pahang.

Pengerusi BSM Pahang, Dato Zainal Azman (Tengah) ketika menyampaikan bantuan katil dan kit makanan kepada Puan Rugayah Ishak di kediamannya di Bandar Indera Mahkota, Kuantan

Timbalan Pengerusi BSM Pahang, Dato’ Wan Nor Raihan binti Wan Abdul Rahman berkata , ” Melalui kolabrasi dengan syarikat yang berminat untuk bersama dalam pelbagai program ia sedikit sebanyak dapat menggerakkan pelbagai program kemasyarakatan yang lebih berfokus dengan memberikan bantuan mengikut keperluan yang sepatutnya untuk pesakit. Beliau ditemui ketika menyerahkan bantuan katil pesakit yang diinfaqkan oleh Tawakal Furniture kepada pesakit kronik, Rogayah Ishak di Indera Mahkota, Kuantan’.

Penyerahan katil dan kit makanan ini diketuai oleh Pengerusi BSM Pahang, Dato’ Zainal Azman. Turut hadir Pengerusi JPKK Kg Sungai Talam, Zainuddin Taib dan Pengerusi KRT Taman Mahkota Permai, Haji Ahmad Daud.

Puan Rugayah ketika ditemui, ” mengucapkan terimakasih kepada BSM Pahang yang telah memberikan sumbangan ini dimana ia memberikan sedikit keselesaan kepada beliau’.

-KabhiIsmail.