Kira-kira 1.14 juta pengundi di Pahang layak mengundi Sabtu ini 

Kira-kira 1.14 juta pengundi di Pahang layak mengundi Sabtu ini 

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 1,136,994 pengundi berdaftar di Pahang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Dato’ Zamree Hamli, berkata 522 pusat mengundi biasa disediakan di seluruh Pahang dan membabitkan 2,023 saluran. 

Katanya, 18,558 petugas ditempatkan di pusat mengundi biasa yang diketuai 14 Pegawai Pengurus SPR setiap Parlimen.

“Pengundi berdaftar yang berusia iaitu 90 tahun ke atas membabitkan 2,917 orang di Pahang,” katanya. 

Zamree berkata demikian kepada media selepas meninjau persiapan pusat mengundi biasa di Sekolah Kebangsaan Bukit Setongkol, di sini, semalam.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN