Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
KUANTAN: Sekurang-kurangnya 163 bakul prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diagihkan kepada pemandu teksi dan van di perkarangan ibu pejabat Perkeso Pahang, di sini, hari ini.
Penyerahan bakul prihatin itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Dato’ Sri Norolazali Sulaiman. Hadir sama, Pengarah Perkeso Pahang, Tarmizi Mukhtar.
Mengulas sumbangan itu, Norolazali berkata, Kerajaan Pahang berterima kasih kepada penyumbang yang terbabit iaitu gabungan Perkeso dan badan bukan kerajaan (NGO).
“NGO berkenaan ialah daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), KINGZ Motorcycle Group dan 4×4 Bossku.
“Penerima sumbangan adalah golongan yang bekerja sendiri khususnya kepada pemandu teksi dan van yangh antara terjejas kerana pandemik Covid-19,” katanya.