KUANTAN: Syarikat konsesi penyelenggaraan jalan seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) disarankan menggunakan media untuk menyebarkan maklumat mengenai kerja penyelenggaraan jalan yang dilakukan.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, syarikat konsesi juga dicadangkan mengambil kakitangan tambahan untuk melakukan kerja sebaran am supaya maklumat sampai kepada rakyat.
“Dunia sudah berbeza. Tidak macam dahulu. Apa kerja yang kita buat, orang (rakyat) ingin tahu dan lihat bukti. Maklumat itu jadi panduan kepada rakyat juga.
“Tolonglah ‘highlight’ sikit dalam media dan beri maklumat itu kepada PRO (Pegawai Perhubungan Awam) atau Unit Korporat JKR Negeri Pahang. Saya juga nak lihat semua kerja yang siap dilaksanakan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook. – FATH AHNAF