Kosma serah van jenazah kepda Masjid As-Solihin di Kerdau

Kosma serah van jenazah kepda Masjid As-Solihin di Kerdau

TEMERLOH: Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) hari ini menyumbangkan sebuah van jenazah bernilai RM111,000 kepada Masjid As-Solihin Desa Murni, Kerdau, di sini.

Pentadbir Kosma, Zahari Abd Aziz, berkata sumbangan van jenazah itu diberikan melalui peruntukan zakat koperasi berkenaan.

“Kita harap sumbangan ini dapat memudahkan segala urusan berkaitan pengurusan jenazah membabitkan kariah masjid

“Kariah Masjid Desa Murni ini mempunyai 1,500 orang membabitkan tiga kampung. Pada masa sama, masjid ini tidak mempunyai van jenazah,” katanya pada majlis penyerahan sumbanganvan jenazah oleh KOSMA di Masjid Desa Murni, hari ini.

Menurutnya, van jenazah itu disumbangkan Kosma selepas menerima permohonan daripada pengurusan masjid.

Majlis penyerahan itu turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN