KPLB akan bina dan baiki semula rumah penduduk luar bandar yang terjejas banjir

KPLB akan bina dan baiki semula rumah penduduk luar bandar yang terjejas banjir

TEMERLOH: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membiayai pembinaan dan membaiki semula rumah mangsa banjir di kawasan luar bandar yang  musnah dan rosak teruk akibat banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata untuk itu, KPLB menyediakan peruntukan sebanyak RM56,000 untuk membina setiap unit rumah baharu dan RM15,000 untuk baik pulih.

“Bagi meringankan beban mangsa, kita akan bantu membaiki rumah yang rosak di landa banjir dengan keutamaan kerja membaiki dan membina rumah mangsa banjir adalah di kawasan luar bandar dalam kalangan mereka yang layak.

“Bancian jumlah rumah yang perlu dibaiki dan dibina semula sedang dilakukan dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir dan menyampaikan sumbangan di Kampung Batu Kapor, Mentakab dan Kampung Pian serta Penderas  di Kuala Krau yang terjejas akibat banjir. 

Pada masa sama, beliau berkata, KPLB turut menubuhkan pasukan sukarelawan sendiri bagi membantu mangsa banjir.

“KPLB akan menjadikan daerah Bentong sebagai kawasan angkat kementerian dengan menyediakan seramai 300 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan pelbagai¬† agensi di bawah¬† KPLB antaranya Mara (Majlis Amanah Rakyat), Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) dan Risda (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah),” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE